Get Adobe Flash player
PENGETUA

TUAN HAJI ROSLAND BIN MOHD YUSOF

PENOLONG KANAN
1
2
3
4
FACEBOOK

Aspirasi Pengetua

 

Dari Meja Pengetua,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Seluruh warga SMK Kota Masai 2,
Diucapkan Selamat Datang kepada guru dan murid baharu, juga Selamat Kembali ke sekolah kepada seluruh warga sekolah ini. Bagi sesi 2019 ini, kita telah menetapkan 4T sebagai cogankata untuk dilaungkan dan disematkan di hati sanubari kita setiap masa iaitu Tekun, Tulus , Taqwa dan Terbilang. 4T akan menjadi pembakar semangat untuk melakar insan berjiwa besar yang mencipta kecemerlangan demi kecemerlangan melalui kerja yang proaktif, sentiasa inovatif dan memperkaya dengan kreativiti. Sama ada kita sebagai seorang pendidik, staf sokongan atau murid perkara diatas merupakan sebahagian daripada asas untuk kita mencipta kecemerlangan dan mampan untuk istiqamah, seterusnya memastikan setiap kecemerlangan didorong oleh akhlak dan sahsiah mulia. Saya menyeru kepada semua warga sekolah ini agar menjadikan hari ini sebagai titik permulaan melakukan anjakan paradigma bagi sama-sama kita mempertingkatkan kualiti kerja sehingga mana setiap detik merupakan proses mencipta kecemerlangan yang menepati Firman Allah 'Sesungguhya aku suka pada hamba-hambaku yang sentiasa memperbaiki diri'.

Marilah kita sentiasa menjadi pelengkap kepada setiap rakan kita dengan cara kerjasama dan kerja sama-sama sepasukan dan sentiasa memberikan kepatuhan kepada ketua agar setiap usaha kita mendapat barakah. Sebagai seorang murid, guru merupakan ketua yang mesti dan sentiasa diberikan penghormatan dan kepatuhan sehingga mana suasana bilik darjah mencerminkan suatu proses yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai seorang guru, perlulah berjiwa besar, sabar dan tabah dalam mengharungi liku liku kerja sebagai seorang pendidik yang mana mestilah mengajar, mengasuh, membimbing dalam apa jua cara berasaskan 4T di atas, dan sentiasalah mengutamakan gerak kerja yang proaktif, sentiasa mencari pembaharuan melalui inovasi dan memperkayakan gerak kerja melalui kreativiti.

Kepada ibu bapa dan penjaga, marilah kita bersama dalam setiap program sekolah untuk memastikan kejayaan anak-anak merupakan satu kepastian. Untuk itu setiap masa marilah kita memastikan dari hujung rambut ke hujung kaki anak-anak jagaan kita sentiasa dalam keadaan kemas, ceria dan mematuhi peraturan disiplin sekolah. Sekolah ini sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan dan sokongan untuk menjadikan Sekolah ini sebagai sebuah institusi yang melakar kegemilangan mereka.

Sebagai Ketua Jabatan sekolah ini, saya dan seluruh warga kerja sekolah sentiasa berdoa agar kita semua sentiasa dalam keredhaan-Nya.

Sekian, terima kasih.

HJ ROSLAND BIN MOHD YUSOF

 

Last Updated (Saturday, 16 March 2019 13:43)

 

SMK KOTA MASAI 2

JALAN TEMBIKAI UTAMA, TAMAN KOTA MASAI, 81700 PASIR GUDANG

TEL : 07-2561650       FAX : 07-2561750

INFO TERKINI

PERHATIAN!!!


BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Kota Masai 2 akan mengadakan majlis penyerahan bantuan awal tahun persekolahan (BAP) pada tentatif yang berikut:

Tarikh: 11/4/19
Hari: Khamis
Sesi pagi: 12.20-1.20ptg
Sesi ptg: 5.30-6.30ptg
Tempat: Kelas anak2

JUMLAH KUNJUNGAN
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHARI INI18
mod_vvisit_counterSEMALAM33
mod_vvisit_counterMINGGU INI84
mod_vvisit_counterMINGGU LEPAS222
mod_vvisit_counterBULAN INI769
mod_vvisit_counterBULAN LEPAS693
mod_vvisit_counterTOTAL KUNJUNGAN226718

We have: 5 guests online
IP ANDA: 54.92.164.9
 , 
HARI INI: Jan 26, 2022