Get Adobe Flash player
PENGETUA

TUAN HAJI ROSLAND BIN MOHD YUSOF

PENOLONG KANAN
1
2
3
4
FACEBOOK

SEJARAH


 

 

SMK Kota Masai 2 dibina kerana kebanjiran penduduk sekitar Taman Kota Masai. Ia juga bertujuan untuk menyediakan peluang pendidikan yang lebih baik dan selesa kepada para penduduk. SMK Kota Masai 2 mula dibuka untuk pelajar tingkatan 1 bagi sesi 2009 pada 5 Jan 2009 yang pada ketika itu hanya menumpang bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort yang beroperasi pada sesi petang. Ini kerana bangunan asal SMK Kota Masai 2 masih dalam proses pembinaan dan tidak siap sepenuhnya mengikut tarikh yang ditetapkan.

Pelajar-pelajar yang bersekolah di SMK Kota Masai 2 adalah dalam kalangan pelajar tingkatan 1 yang mendaftar di SMK Kota Masai pada 1 Jan 2009. Kelas yang diwujudkan pada masa itu adalah sebanyak 14 kelas. Pelajar-pelajar ini pada asalnya merupakan pelajar tingkatan 1 yang akan masuk di SMK Kota Masai, tetapi akibat kekurangan bilik darjah yang tidak dapat menampung jumlah mereka yang berlebihan, maka mereka terpaksa dipindahkan ke SMK Kota Masai 2 yang merupakan sekolah cawangan SMK Kota Masai. Manakala jumlah guru yang telah di bawa ke SMKKM 2 adalah seramai 18 orang.

Pada masa itu, SMKKM 2 masih lagi tidak mempunyai pengetua. Sekolah ini hanya mempunyai seorang penyelaras iaitu Pn. Hjh Norhayati bt Abdul Kadir dari SMK Kota Masai. Beliau banyak menyelaras pengurusan sekolah SMKKM 2 di SMK Tanjung Puteri Resort. Manakala segala urusan pentadbiran sekolah masih lagi di bawah SMK Kota Masai iaitu di bawah pemantauan Tn. Haji Nasuha b. Paiman selaku pengetua SMKKM. Manakala segala aktiviti dan pengurusan sekolah masih di dalam pentadbiran SMKKM. Hanya seramai 18 orang guru yang bertugas telah menghadapi banyak masalah akibat bebanan tugas yang banyak. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, bilangan bilik darjah terpaksa dikecilkan menjadi 12 kelas. Kemudian, beberapa orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di serap masuk bagi membantu melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Setelah hampir enam bulan SMK Kota Masai 2 beroperasi, akhirnya Pn. Zaiton bt Hussein dilantik menjadi pengetua SMKKM 2 yang masih beroperasi di SMK Tanjung Puteri Resort. Sekolah juga menerima Penolong Kanan Hem iaitu Tn Syed Mohd Pauzi bin Syed Idris dan Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Pn Hjh Ishah bt Hamdan. Manakala Pn. Hjh Norhayati bt Abdul Kadir yang menjadi penyelaras SMKKM 2 dilantik menjadi Penolong Kanan Pentadbiran.

Pada 27 Jun 2009, satu majlis telah diadakan iaitu Majlis Pengoperasian SMK Kota Masai 2 bertujuan untuk menunjukkan bahawa SMKKM 2 wujud secara sah dan melaksanakan pentadbiran sendiri. Kemudian, majlis perasmian pengoperasian SMK Kota Masai 2 telah diadakan pada 1 Julai 2009 bagi mewujudkan pentadbiran dan pengurusan sekolah secara rasmi. Majlis menandatangani plak sekolah telah disempunakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Negeri Johor iaitu  Tn. Hj. Sufa’at Bin Tumin.

Pada 1 September 2009, pelajar tingkatan 1 telah mendaftar di SMKKM 2 yang telah siap dibina iaitu di Jalan Tembikai Utama. Pada  12 oktober 2009 seramai 1221 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 4 dari sekolah-sekolah berhampiran iaitu SMK Kota Masai, SMK Tanjung Puteri Resort dan SMK Pasir Putih telah mendaftar bersama guru-guru mereka. Bilangan guru akademik pula ialah seramai 71 dan dua orang kaunselor.

Pada tahun 2010, Kepadatan penduduk Taman Kota Masai telah menyumbang kepada pertambahan bilangan pelajar di SMK Kota Masai 2. Bilangan kelas pada tahun 2009 sebanyak 33 kelas telah melonjak menjadi 60 kelas. Ini menjadikan jumlah pelajar meningkat 100% iaitu seramai 2276 dengan bilangan guru seramai 111 orang dan 3 kaunselor.  Oleh itu, SMK Kota Masai 2 telah beroperasi dalam dua sesi iaitu pagi dan petang.

Cogan kata ‘Tekun, Tulus, Takwa menjadi hala tuju warga SMK Kota Masai 2 agar meraih kecermelangan. Manakala motto ‘Bersih, Bergaya, Berjaya’ yang diilhamkan oleh Pn. Zaiton bt Hussein sebagai pengetua pertama SMK Kota Masai 2 membentuk imej warga SMK Kota Masai 2.

Pada 4 Februari 2010, sekolah dirasmikan sekali lagi lagi oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia juga merangkap Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kemudian pada 16 Ogos 2010, SMK Kota Masai telah menerima pengetua yang baru iaitu Puan Siti Rosnani Bt. Shihab bagi menggantikan pengetua terdahulu iaitu  Puan Zaiton Bt Hussein yang telah berpindah ke sekolah lain. Sekarang, jumlah pelajar yang diterima adalah sebanyak 2205 orang manakala jumlah guru sebanyak 118 orang.

Last Updated (Wednesday, 12 September 2012 16:28)

 

SMK KOTA MASAI 2

JALAN TEMBIKAI UTAMA, TAMAN KOTA MASAI, 81700 PASIR GUDANG

TEL : 07-2561650       FAX : 07-2561750

INFO TERKINI

PERHATIAN!!!


BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Kota Masai 2 akan mengadakan majlis penyerahan bantuan awal tahun persekolahan (BAP) pada tentatif yang berikut:

Tarikh: 11/4/19
Hari: Khamis
Sesi pagi: 12.20-1.20ptg
Sesi ptg: 5.30-6.30ptg
Tempat: Kelas anak2

JUMLAH KUNJUNGAN
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHARI INI20
mod_vvisit_counterSEMALAM33
mod_vvisit_counterMINGGU INI86
mod_vvisit_counterMINGGU LEPAS222
mod_vvisit_counterBULAN INI771
mod_vvisit_counterBULAN LEPAS693
mod_vvisit_counterTOTAL KUNJUNGAN226720

We have: 5 guests online
IP ANDA: 54.92.164.9
 , 
HARI INI: Jan 26, 2022